Menjadi anak sulung dalam family bagi aku, kadang kala sangat susah. Tanyalah sesiapa sahaja yang menjawat jawatan tidak langsung itu dan aku percaya mereka juga mempunyai masalah yang sama dengan aku.
Menjadi anak sulung means high expectation. Kena tunjuk contoh terbaik buat adik, kena set satu benchmark tinggi dalam famili, dan kena buat semua benda “baik”..
Atas alasan itu ramai anak sulung mempunyai split personality. Kalau di rumah, kami (anak sulung) kebanyakan masanya menjadi seorang yang sangat low profile dan pendiam. Kadangkala berbeza sekali dengan karakter kami di luar. Karakter kami boleh berubah jika bersama teman - teman. Mungkin pelik bagi sesetengah orang..
Tapi bagi aku hal tu tak pelik sangat sebab kami selaku anak sulung yang telah dilatih untuk mencapai satu standard yang tinggi dalam apa jua perkara yang kami lakukan. Kami dibesarkan dengan naluri yang sebegitu. Jika ada yang melihat kami selalu membeli barang baru atau mengidamkan sesuatu yang baru, kami terus sahaja dicop sebagai seorang yang materialistik dan suka membazir. Itu adalah kerana kami sudah biasa mendapat barang baru sejak kecil lagi. Erti perkongsian adalah pengertian ganjil bagi kami. Hehe..
Kerana being the first son or daughter in the family jugak, kami mempunyai naluri bertolak ansur dan sikap mengalah yang tinggi kepada yang lebih muda dari kami. No wonder kadangkala kami nih kurang agresif dan kebanyakan masanya, kami selalu sahaja berdiam diri. Tetapi, jika kami disimbah api, kami akan memperjuangkan kata-kata kami sehingga kami menang..percayalah..haha..
Memang, kadang - kadang cemburu dengan kawan - kawan yang punya abang mahupun kakak but being the first one, kami sentiasa menjadi yang pertama untuk apa-apapun,untuk menerima ganjaran,menerima hukuman dan lain - lain..
Jika kami membuat sedikit salah, cepat saja kesalahan tu akan dikesan oleh ibu bapa kami. Ini adalah kerana mereka telah meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada kami. Mereka tidak biasa melihat kami memberontak atau membuat salah..
Dan kerana itu, kami selalu sahaja cepat terguris hati dan sensitif walaupun melibatkan hal - hal kecil. Sebab itu, susah sedikit untuk kami berkomunikasi dengan mereka yang mendapat gelaran anak kedua atau ketiga dan seterusnya. Bagi aku, anak sulung sangat mudah memahami hati anak sulung yang lain..
Apapun, aku berbangga menjadi anak sulung. Menjadi anak sulung banyak mengajar dan mempengaruhi aku tentang siapa diri aku sekarang. So here I am, the proud eldest son of Abdul Rashid bin Jaafar and Noor'Ainun binti Idrus.. :)
Saturday, February 6, 2010
Monday, February 1, 2010
Antara Pasangan dan Sahabat
Baru - baru nie salah seorang kawan baik aku ada bercerita mengenai masalahnya pada aku. Persahabatan antara dia dan kawan baiknya di tempat dia belajar dah tamat. Nie semua berpunca daripada kehadiran orang baru dalam hidup kawan baiknya tu. Orang baru yang aku maksudkan tu adalah seorang gadis yang amat teruk.
Kawan baik aku nie bercerita, sejak kawan baiknya itu mula bercinta dengan awek dia, persahabatan mereka mula renggang. Dia lebih mengutamakan awek dia berbanding rakan - rakan. Pada awalnya, member aku nie cakap dia boleh terima lagi. Sebab dia faham macam mana perasaan orang yang ada awek nie. Lalu dia pun biarkan saja.
Makin lama, perangai awek budak tu makin melampau. Makin banyak kerenah. Dia mula buat fitnah pasal kawan baik aku nie. Fitnah yang amat melampau. Sayangnya, budak tu termakan fitnah awek dia. Budak tu lebih percayakan awek dia berbanding kawan baik dia sendiri yang dia kenal sejak sem 1 lagi. Dia sanggup kutuk kawan baik dia semata mata kerana awek tu. Kawan baik aku nie memang sangat marah. Mereka bergaduh. Akhirnya, persahabatan mereka tamat begitu saja. Pasti awek tu tersenyum bangga sebab dia dah berjaya menghancurkan satu persahabatan.
Aku sendiri sebenarnya faham apa yang kawan baik aku nie rasa. Masalah kawan baik aku nie hampir sama dengan masalah aku sendiri. Aku pun mengalami masalah yang sama waktu sem lepas. Bila kawan baik kita dah ada pasangan, kita sepatutnya happy. Itu yang aku buat. Tapi, lama kelamaan perasaan happy tu bertukar jadi perasaan tak selesa. Sebabnya, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Malah, ada perkara yang tak masuk dek akal pun. Aku mula rasa macam ada yang tak kena. Banyak benda yang mengarut dan tak logik dicipta macam dalam skrip drama dan filem. Tapi aku diamkan saja. Ada jugak orang sekeliling yang nasihatkan aku agar berterus terang pada kawan baik aku tu. Tapi aku tak berani dan tak nak sebab aku tak nak cari gaduh. Dari cara dia sayangkan awek dia, aku tau bila aku luahkan, mesti kami akan bergaduh. Jadi lebih baik aku diam dan pendamkan saja walaupun aku sendiri tak selesa.
Akhirnya, perkara yang aku pendamkan untuk beberapa lama tu makan diri aku balik. Sejak cuti semester lepas, aku dah mula rasa tawar hati. Tawar hati dengan perkara tu. Aku berfikir, apa guna aku bersusah payah demi kawan baik aku tu sedangkan dunia dia hanya dia dan awek dia. Sebabkan tu, banyak masalah yang jadi yang buatkan aku sakit hati. Aku yang banyak tanggung derita. Akhirnya, tanpa aku sedari aku mula berubah sedikit demi sedikit hingga waktu ini. Persahabatan aku dengan dia tak lagi macam dulu. Aku dengan dia dalam dunia masing - masing. Dunia aku sekarang hanya dengan kawan - kawan lain dan seseorang. Dia pula terus dalam dunia dia dan awek dia. Dan aku rasa aku tak kisah langsung sebab aku betul - betul dah tawar hati. Biarkan masa saja yang tentukan bagaimana persahabatan kami nanti.
Bagi aku, kedua - duanya memang perlu dalam hidup. Sayang pada pasangan, dan sayang pada sahabat. Kita kena pandai seimbangkan antara pasangan dan sahabat. Jika tidak, pasti salah seorang akan berkecil hati. Kita juga mesti berfikir rasional. Jangan terlalu dibutakan oleh virus yang bernama cinta. Jika kita salah percaturan, kita bukan saja boleh kehilangan salah satu, tapi boleh kehilangan keduanya...
Saturday, January 30, 2010
Tentang Seseorang
Teruntukmu hatiku,
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya,
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu,
tanya selalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta,
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri,
mencari jawab pasti
Akankah, seseorang,
yang ku impikan ‘kan hadir
Raut halus,
menyelimuti jantungku
Cinta hanyalah cinta,
hidup dan mati untukmu,
mungkinkah semua tanya,
kau yang jawab
Dan tentang seseorang,
itu pula dirimu,
ku bersumpah akan mencinta..
Wednesday, January 27, 2010
Tiga Minggu
Hari nie hari terakhir dalam minggu ketiga aku praktikal. Esok (Jumaat) dan hari Sabtu cuti. Memang tak sabar nak tunggu cuti. Letih sangat - sangat.
Sepanjang tiga minggu praktikal nie, aku rasa life aku macam dah berubah. Kalau dulu time study, boleh berjaga sampai 2-3 pagi sebelum tido. Tapi sekarang, pukul 10 malam dah cari bantal dah. Haha.
Rutin aku hampir sama setiap hari. Bangun waktu Subuh, lepas tu pukul 7 pagi jadi driver pergi hantar mak aku kerja kat office dia. Balik rumah, bersiap lepas tu dalam pukul 8 pergi ambil Amirul pulak dekat rumah sewa. 8.30 pagi waktu bekerja tapi kena masuk awal sebab nak kena punch card. Lagipun, 10 minit sebelum tu, ada bacaan doa dan ikrar pulak dengan semua staff.
Praktikal dekat TMpoint nie agak best. Semua staff ok. Banyak menolong. Friendly. Staff - staff TM nie memang pemurah. Setakat nie, banyak jugak barang - barang TM yang aku dapat macam t-shirt,topi,beg,notebook & jaket.
Setiap hari aku kena buat data entries dalam sistem TM. Kalau dah siapkan data, kena design poster, banner & brochure pulak untuk promosi pakej - pakej TM. Pening jugak la dok fikir idea nak design nie. Huhu. Tapi aku takde la buat rush sangat. Boss takde bagi due date. Yang buat aku pecah kepala bila boss bagi cadangan buat satu website untuk TMpoint Sungai Petani. Buat website aku tak kisah tapi boss nak website tu ada data Excel yang dah direkodkan sebelum nie. Bila bukak website tu, mesti boleh edit Excel tu. Mana la aku nak tau. Haha. Nasib baik Amirul semangat nak buat. Sekarang nie dia la yang pening. Aku fokus kat bahagian design je. Huhu.
Aku kat sini takde la asyik buat kerja. Ada masa, aku on9 jugak. Waktu takde kerja, on9 terus la. Haha. Boss kat sini sporting. Dia cakap kalau asyik buat kerja, mesti bosan dan letih. So dia cakap, kalau nak on9, on9 la. Janji kerja siap. Huhu.
Tepat 5.30 petang baru habis kerja. Selalunya, aku & Amirul balik rumah terus. Lepas hantar dia balik rumah sewa, aku balik rumah aku sendiri. Dalam pukul 6, aku kena pergi ambil mak aku pulak dekat office dia. Lepas tu mak aku akan singgah mana - mana pasaraya untuk beli barang dapur. Dekat Maghrib baru sampai rumah selalunya. Waktu malam la selalunya baru aku boleh rehat.
Hari - hari jalani rutin yang sama. Hari - hari buat benda yang sama. Agak bosan. Praktikal masih berbaki 9 minggu. Jadi selama 9 minggu mendatang nielah aku takkan cukup rehat. Apa boleh buat, dah nasib badan... :)
Friday, January 22, 2010
Upclose & Personal
Soalan yang diberi oleh seseorang kepada aku untuk dijawab dalam blog ini. =)
Jenama & Model handphone anda?
Sony Ericsson W910i & CSL i-2000
Jenama baju kegemaran anda?
Converse & Giordano. Tapi selalunya tak kisah. Janji t-shirt berkolar ataupun long sleeve.. :)
Hobi anda?
Surf internet, main game, membaca, tengok cerita Korea @ Jepun & lepak dengan member - member..
Bila kali pertama anda keluar dating?
Rasanya waktu aku sem 2 dulu. Cerita lama. :)
Berapa nilai wang yang paling sikit pernah ada dalam wallet anda?
Seringgit. Aku sendiri tak sedar macam mana duit aku boleh habis. Haha..
Benda yang anda ingin beli tapi masih belum tercapai?
Kereta Myvi SE warna putih. Dari dulu minat kereta tu. Huhu..
Perkara nakal terakhir yang anda buat?
Waktu tengah drive petang tadi, slumber tak berhenti kat lampu merah. Tak tau la ni nakal ke tak. Haha..
Anda pernah bercinta sebanyak?
Waktu sem 2 dulu sekali, lepas tu sem 5 "hampir bercinta". Dan yang terbaru, no komen..teeetttt...Haha...
Apakah ringtone handphone anda?
Sony Ericsson - Clazziquai - She Is (My Lovely Sam Soon OST)
CSL - Anda - Tentang Seseorang
Anda pernah bercinta sewaktu di sekolah?
Tak pernah. Aku tak berminat nak jiwang - jiwang time sekolah nie. Buang masa saja. Dunia aku waktu tu hanya aku dan kawan baik aku saja. Haha.
Siapakah orang terakhir yang anda keluar bersama? Dimana?
Yin. Kami keluar makan di restoran dua jam yang lepas.
Perkara paling pelik pernah anda lakukan?
Waktu hari anugerah cemerlang masa aku form 5, aku dipilih membuat persembahan menyanyi lagu Jangan Pisahkan dengan salah seorang gurl yang aku tak suka. Macam tak pelik tapi aku still rasa pelik. Haha..
Ciri - ciri pasangan idaman anda?
Tak kisah sebenarnya. When i'm with her, i will know she's the one.. :)

Thursday, January 14, 2010
Praktikal - Part 2
Nie sambungan dari hari pertama praktikal. Hari kedua, tepat pukul 8 pagi aku dah terpacak dekat TM Sungai Petani padahal waktu start kerja pukul 8.30 pagi. Excited sangat kot. Hehe. Lepas 15 minit, budak - budak praktikal lain pun mula datang. Begitu jugak dengan staff - staff TM.
Tepat pukul 8.30, tiba - tiba salah sorang staff kat situ suruh kami (bebudak praktikal) buat satu barisan. Staff -staff lain pun buat barisan jugak mengikut bahagian masing - masing. Aku pun pelik la. Rupa -rupanya pagi tu ada perhimpunan antara semua pekerja TM Kedah / Perlis. Kira macam perhimpunan besar sekolah la. Haha. Tapi perhimpunan nie sebulan sekali. Yang uniknya, perhimpunan nie dijalankan menerusi radio. Ketua Pengarah TM Kedah / Perlis bagi ucapan dari Kompleks TM Alor Star dan ucapan beliau tu dapat didengar di semua perhimpunan TM dalam kawasan Kedah dan Perlis. Bayangkan kami beratur macam perhimpunan sekolah dan dengar je ucapan menerusi radio di depan kami tu. Haha. Nie pengalaman baru la bagi aku.
Habis je perhimpunan, kami bebudak praktikal yang seramai 8 orang nie dibawa masuk ke dalam pejabat. Salah seorang staff yang handle pasal praktikal nie kemudian bagitahu kami yang kami tak boleh start praktikal selagi tak berjumpa dengan big boss untuk pengesahan. Jadi kami diminta menunggu sehingga dia sampai. Sementara menunggu tu, aku sempat berkenalan dengan bebudak praktikal yang lain. Ada 4 laki, 4 perempuan. Malang nasib kami, sampai ke petang, big boss masih belum datang ke office. Kami diberitahu dia ada meeting di tempat lain. Jadi sehari suntuk kami semua hanya duduk di bilik tamu tanpa membuat sebarang kerja. Memang bosan. Nak hilangkan bosan, kami semua asyik bersembang sampai ke petang. Ada yang rajin buat lawak, ada yang rajin merapu. Memang enjoy la dapat lepak saja dengan bebudak tu. Haha. Keesokan hari, big boss masih belum datang. Jadi kami terpaksa memerap sekali lagi dalam bilik tamu. Tapi lepas waktu lunch hour, big boss dah memunculkan dirinya. Haha. Lepas meeting dengan big boss tu, barulah kami semua diberi bahagian masing - masing. Aku dan kawan aku, Amirul dapat di TM Point Sungai Petani. Lega sebab memang itu yang kami pilih sebelum ini. Jika big boss tu belum datang petang tu, kami berkemungkinan akan diberi di bahagian Network. Memang cari nahas betul tu. Haha. Lagipun TM point nie lebih dekat dengan rumah berbanding dengan ibusawat TM tu.
Hari nie (14 / 1 / 10) barulah aku dan Amirul secara rasminya start praktikal di TM Point Sungai Petani. Masa mula - mula sampai, memang nervous. Sebelum nie dah dua hari ada kat ibusawat TM, hari pulak ada di tempat baru. Masuk je dalam office tu, kami dibawa jumpa manager di situ. Memang sempoi lah. Manager tu sporting betul. Banyak barang TM dia bagi kat aku dan Amirul. Baru jumpa, dia dah bagi kami banyak tu. Excited betul aku. Huhu.
Tepat 8.30, dia ajak kami join dia dan staff - staff lain berkumpul di lobi pejabat. Rupa - rupanya di TM Point Sungai Petani nie, tiap - tiap hari sebelum bertugas, semua staff wajib baca doa dan baca ikrar beramai ramai tentang kualiti kerja masing - masing. Aku pun join sekali la. Satu lagi pengalaman baru bagi aku. Huhu.
Hari 1st disini, boleh dikatakan ok la. Aku diberi tugasan menggunakan sistem dan aplikasi diorang untuk key-in data pelanggan. Agak senang. Semua staff pun ok. Ramah dan banyak menolong. Kat sini kena berpakaian office. Maknanya kena pakai kemeja dan kasut kulit. Aku dan Amirul dibagi bilik sendiri. Tempat dan suasana kerja pun best. Ada gak aku terfikir, kalau macam nie kerja kat TM Point, lepas nie kalau aku kerja aku nak kerja kat sinilah. Haha.
Sayangnya, harini hari Khamis. Hari terakhir bekerja untuk minggu nie. Di Kedah, cuti minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Baru semangat nak buat kerja. Haha. Hari Ahad nie pun cuti jugak sebab Hari Keputeraan Sultan Kedah. Maknanya aku akan start bekerja balik hari Isnin. Cuti 3 hari, aku nak rileks. Aku akan ke Langkawi dengan family aku, Yin, dan jugak family dia pagi Jumaat nie. Rasanya tu ja kot story pasal praktikal nie. Praktikal,antara terpaksa, suka dan duka. Haha.. :)

Monday, January 11, 2010
Hari Pertama Praktikal
Sedikit cerita pasal hari pertama praktikal. Hari nie, 11/1 sepatutnya aku dah start praktikal di TM Sungai Petani. Tapi sebelum lapor diri di situ, aku kena pergi lapor diri di kompleks TM Kedah / Perlis di Alor Star.
Aku gerak pergi Alor Star dalam pukul 8 pagi. Ingatkan lepas lapor diri di situ, boleh terus balik lapor diri di TM SP. Tapi jangkaan aku salah. Bila aku sampai di situ, diorang suruh aku pergi tingkat 5 dan masuk dewan di situ. Bila dah masuk, memang sangat terkejut. Ramai gila budak - budak lebih kurang sebaya aku kat situ. Rupa - rupanya kesemua budak tu pun akan praktikal di TM jugak. Semuanya 86 orang. Tapi kami semua akan dibahagi mengikut cawangan masing - masing. Ada di Sungai Petani, ada di Alor Star, Ada di Kulim dan lain - lainlah.
Lepas tu sesi taklimat pun bermula. Sambil tu kami dikehendaki mengisi borang daftar dan borang "passcard". Taklimat tu explain pasal TM, etika pakaian, tugas dan lain lain. Kami juga kena beli sticker kenderaan dan kad iTalk. Dua - dua tu wajib guna sepanjang tempoh praktikal.
Tepat pukul 1, kami berhenti rehat sampai pukul 2 petang. Bila bersambung, dah tak ada taklimat lagi dah tapi kami terpaksa menunggu untuk mendapat "passcard" masing - masing. Lama gila tunggu. Duduk dalam dewan tu goyang kaki sambil sembang saja. Sambil - sambil tu terpikir gak, macam mana member - member lain. Diorang dah start buat kerja ke belum. Huhu. Pukul 4 macam tu baru habis. Memang aku sangat bosan tapi kebosanan tu hilang bila dapat "passcard" aku sendiri. Dah rasa macam staff TM plak. Haha.
Bila dah habis, ingatkan kena terus pergi daftar kat TM Sungai Petani. Risau gak sebab takut tak sempat. Alor Star dengan SP ambil masa sejam macam tu. Last - last bila diberitahu esok baru start lapor diri di cawangan masing - masing, memang happy la. Balik rumah rehat puas - puas. Haha..

Subscribe to:
Posts (Atom)